Minyak Kelapa Dara bermaksud minyak yang 
dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan 
tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa 
yang terdapat di dalam buah kelapa tersebut. Ianya dihasilkan untuk mereka yang sering mementingkan kesihatan dan kecantikan tanpa perlu berbelanja dengan kos yang mahal. 
Berbanding 
dengan minyak kelapa biasa dimana haba dan kimia digunakan sewaktu 
memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa 
kepada keudaratan apabila manusia memakannya.
Kajian ke atas minyak kelapa dara telah
 dilakukan oleh pakar pakar negara barat sejak awal tahun 1930-an lagi. 
Kebanyakkan kajian dilakukan keatas penduduk di Kepulauan Pasifik di 
mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian mereka.
Pakar 
pakar tersebut telah merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat 
dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelabagai kesan 
positif keatas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan 
Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang
 begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik 
seperti jantung atau kanser. Sebab itulah minyak kelapa dara mempunyai banyak khasiat untuk manusia.


 
No comments:
Post a Comment